Letra de canción descargada de: https://www.albumcancionyletra.com ------------------------------------------ Siti Nurhaliza - Nian di hati ------------------------------------------ Suburnyanian sukar dimadah Mekar jiwa dilamar mimpi Kasih sepantun tulisnya sudah Hanya rindu ikatan hati Berlumpur intan Seri masih bertandang Bagai bulan dipagar bintang Angin menderu ombak mengalun Melambai daun sedang rimbun Sarat di hati rindu ditanggung Airmata pun tak terbendung Dikau kusanjung Cinta suci terulung Di jiwaku semakin ranum Terpadamlah gundah di hati Setenangnya air di kali Hilanglah resah terpancar naluri Janji yang diikat teguh berdiri Lafazlah sejujur hatimu Setulus halusnya budimu Damaimu sesudah gerimis Bawa daku bersama meniti pelangi Ku yakin di sana menanti Mahligai kencana abadi Disaluti sutera asli Selimut cinta aroma harum kasturi Kasihmu beraja di hati Kasihku bertakhta di jiwa Walaupun tiada di mata Cintamu tetap sebati Sungguh bererti kasih dan sayang Seribu sumpah kau tunaikan Cinta berkurun kasih berzaman Kerana sayangku turutkan Guruh di laman Umpamanya gurindam Mengusap di hati yang rawan