Letra Pandang pandang jeling jeling de Siti Nurhaliza

Etiquetas:
Letra de canción
Indonesio
Enviar a un amigo |


Otras canciones de Siti Nurhaliza

Song Scroller

Visitar letra | Letras de canciones
 
Color de fondo


Color de la letra

Copia este código y pégalo en tu blog o web para mostrar el song-scroller de Album Cancion y Letra

Califica la calidad de esta letra
Espere un momento...
Puntaje: 4,00/5. Total votos: 0


Cincin intan bunga selasih
Mari dipakai di waktu petang
Kenapa tuan tak mahu berkasih
Adakah orang akan melarang

Kain sarong kain terendak
Memanglah manis kalau dipakai
Kalau takut dilambung ombak
Jangan berumah di tepi pantai

Menjeling, menjeling ku bertentang...
Mata kita sama memandang,
Ku cuba, ku cuba nak bertanya,
Siapa diakah namanya,

Menjeling, menjeling ku bertentang...
Mata kita sama memandang,
Bercakap, bertanya dan bermesra,
Jangan sampai datang rumah.

Tuai padi musim dah tiba,
Mari menuai di waktu pagi,
Kalau begini malang menimpa,
Biar kuturut kata hati.

Bunga selasih permainan budak,
Daun sehelai dimakan kuda,
Bercerai kasih bertalak tidak,
Seribu tahun bertemu juga.

Menjeling, menjeling ku bertentang...
Mata kita sama memandang,
Ku cuba, ku cuba nak bertanya,
Siapa diakah namanya,

Menjeling, menjeling ku bertentang...
Mata kita sama memandang,
Bercakap, bertanya dan bermesra,
Jangan sampai datang rumah.

Kereta kuda pedati lembu,
Singgah mari di tepi kuala,
Tuan sutera, saya belacu,
Manakan sama berganding sama.

Burung jelatik sarang kedidi,
Sarang tempua, sarang berjuntai,
Sungguhpun cantik sutera diuji,
Belacu juga tahan dipakai.

Menjeling, menjeling ku bertentang...
Mata kita sama memandang,
Ku cuba, ku cuba nak bertanya,
Siapa diakah namanya,

Menjeling, menjeling ku bertentang...
Mata kita sama memandang,
Bercakap, bertanya dan bermesra,
Jangan sampai datang rumah.

Tomado de AlbumCancionYLetra.com