Letra de canción descargada de: https://www.albumcancionyletra.com ------------------------------------------ Siti Nurhaliza - Pandang pandang jeling jeling ------------------------------------------ Cincin intan bunga selasih Mari dipakai di waktu petang Kenapa tuan tak mahu berkasih Adakah orang akan melarang Kain sarong kain terendak Memanglah manis kalau dipakai Kalau takut dilambung ombak Jangan berumah di tepi pantai Menjeling, menjeling ku bertentang... Mata kita sama memandang, Ku cuba, ku cuba nak bertanya, Siapa diakah namanya, Menjeling, menjeling ku bertentang... Mata kita sama memandang, Bercakap, bertanya dan bermesra, Jangan sampai datang rumah. Tuai padi musim dah tiba, Mari menuai di waktu pagi, Kalau begini malang menimpa, Biar kuturut kata hati. Bunga selasih permainan budak, Daun sehelai dimakan kuda, Bercerai kasih bertalak tidak, Seribu tahun bertemu juga. Menjeling, menjeling ku bertentang... Mata kita sama memandang, Ku cuba, ku cuba nak bertanya, Siapa diakah namanya, Menjeling, menjeling ku bertentang... Mata kita sama memandang, Bercakap, bertanya dan bermesra, Jangan sampai datang rumah. Kereta kuda pedati lembu, Singgah mari di tepi kuala, Tuan sutera, saya belacu, Manakan sama berganding sama. Burung jelatik sarang kedidi, Sarang tempua, sarang berjuntai, Sungguhpun cantik sutera diuji, Belacu juga tahan dipakai. Menjeling, menjeling ku bertentang... Mata kita sama memandang, Ku cuba, ku cuba nak bertanya, Siapa diakah namanya, Menjeling, menjeling ku bertentang... Mata kita sama memandang, Bercakap, bertanya dan bermesra, Jangan sampai datang rumah.