Berdendang hamba nak berdendang Hai sepantun kitalah bersama
Sama rentak gendang bertingkah Tapi tak sama alun suara
Berdendang hamba nak berdendang Hai senandung nak dara merindu
Alun hamba sekadar lalu Tidak sedikit menyentuh di hati
Mana kasih sehangat mentari Mana cinta yang semanis dulu Mana janji bak tersimpul tali Mana budi yang sebaik laku
Jauh hamba rindu hambalah dirindu tuan Bila dekat mengapa diam sahaja Kalau sudah dibenci hamba dibenci tuan Lagu berkasih cinta terpilih Layu pagi seruas jari
Berdendang hamba nak berdendang Hai sepantun kasih yang tak sudah
Mengenang bukanlah mengenang Ingin mencari di mana silapnya
|