Telah berdiri seorang lelaki Hidup berbekal kecekalan diri Walau menghadapi sejuta cabaran Terus berpaut pada kebenaran
Berkurun sudah kau merintis jalan Bertahun sudah hasratmu terhalang Tetap bersemarak api keazaman Bara keramat doa dan harapan
Kau melangkah bermula dari lembah Kau mendaki setangga ke setangga Semakin hampir menjejaki puncak Semakin sering kau ditikam onak
Namun kerana kau lelaki Derita dapat diselindungi Tangisanmu rahsia di hati
Kesepianlah teman nan sejati Di dalamnya kau mengenal diri Tenangnya wajah matangnya bicara Kerana kau meyakini Tuhanlah yang maha ESA
|