Suburnyanian sukar dimadah Mekar jiwa dilamar mimpi Kasih sepantun tulisnya sudah Hanya rindu ikatan hati Berlumpur intan Seri masih bertandang Bagai bulan dipagar bintang
Angin menderu ombak mengalun Melambai daun sedang rimbun Sarat di hati rindu ditanggung Airmata pun tak terbendung Dikau kusanjung Cinta suci terulung Di jiwaku semakin ranum
Terpadamlah gundah di hati Setenangnya air di kali Hilanglah resah terpancar naluri Janji yang diikat teguh berdiri
Lafazlah sejujur hatimu Setulus halusnya budimu Damaimu sesudah gerimis Bawa daku bersama meniti pelangi
Ku yakin di sana menanti Mahligai kencana abadi Disaluti sutera asli Selimut cinta aroma harum kasturi
Kasihmu beraja di hati Kasihku bertakhta di jiwa Walaupun tiada di mata Cintamu tetap sebati
Sungguh bererti kasih dan sayang Seribu sumpah kau tunaikan Cinta berkurun kasih berzaman Kerana sayangku turutkan Guruh di laman Umpamanya gurindam Mengusap di hati yang rawan
|